Melangkah dari Dunia PeperanganOrang yang terlibat dengan peperangan. Video penerangan semasa dan selepas peperangan

Penahanan Orang Amerika dan Kehidupan Saya Selepas Perang

En. Shotoku Asato

Tarikh Lahir:1930

Tempat Lahir:Peru

Sebelum peperangan

Saya dilahirkan di Lima, Peru. Saya telah belajar di sekolah rendah Jepun di Peru selama setengah tahun. Semasa saya masih belajar dalam darjah satu, saya telah dipindahkan ke Sekolah Rendah Biasa Kishaba Sekolah Rendah Biasa Kishaba di Kampung Nakagasuku. Kemudian, saya dipindahkan ke sebuah sekolah di Shuri pada waktu dikenali sebagai Sekolah Rendah Biasa Kedua di Shuri. Kemudian, pada tahun 1943 Saya ke Sekolah Menengah Rendah Pertama di Wilayah Okinawa. Di sekolah Menengah Rendah Pertama, bermula dari tingkatan satu semua pelajar mahu menjadi askar apabila mereka besar nanti oleh itu wujudnya kelas “Latihan Ketenteraan”

Ditugaskan sebagai askar pelajar

Pada 28 Mac 1945, bersama seorang rakan saya telah pergi ke ibu pejabat Signal Corps di Sungai Hantagawa berdekatan Istana Shuri. Saya diberitahu bahawa saya telah dimasukkan ke skuad Kompeni Kelima saya telah menyertai skuad tersebut. Apabila saya tersenarai saya telah diberikan pakaian seragam tentera. Saya membalut pakaian harian dalam kain dan simpan. Saya memakai seragam dan but tentera saya meletakkan tanda pangkat tentera pada kolar. Kedudukan kami adalah di dalam tempat perlindungan semula jadi. Skuad ini terdiri daripada 8 hingga 9 askar dan lebih kurang 4 orang pelajar. Kami berempat dipisahkan kepada dua kumpulan dan kami menjalankan tugas kami 24 jam mengikut jadual. Bagi menerangkan tugas-tugas, peranan utama tugas kami ialah berkomunikasi dengan unit di Pulau Ie. Manakala, tugas utama askar pelajar ialah memusingkan pemegang engkol pada generator mengangkut makanan dan mencuci pinggan selepas makan dan membawa dokumen komunikasi untuk mesej pegawai kepada ibu pejabat antar tugas-tugas kami.

Walau bagaimanapun pada akhri bulan april apabila unit di Pulau Ie jatuh kepada tentera Amerika Kami semua dimasukkan ke ibu pejabat kompeni untuk bertugas di sana. Tugas utama askar pelajar di ibu pejabat kompeni ialah mengangkut makanan dan mengambil air Terdapat juga tugas “sentri” dengan syif empat jam. Tugas sentri terdiri daripada memerhati dataran tinggi yang terletak lebih kurang 20 hingga 30 meter di bahagian atas tempat perlindungan. Bukan bermaksud askar musuh
akan segera tiba tetapi penting untuk kami terus memerhati.

Berundur dari Shuri ke Shimajiri

Selepas itu, kami berundur ke Shimajiri kerana tentera Amerika telah maju dan berada berdekatan, Ada orang berkata bahawa mereka nampak askar Amerika berdekatan Kuil Shuri Kannondo. Pada 27 Mei, dengan tergesa-gesa unit itu dipindahkan ke Shimajiri dan Mabuni. Saya dan bersama dua orang askar pelajar dan dua orang askar biasa sebanyak empat orang membawa askar yang tercedera. Kami membawa pakaian biasa dan askar yang tercedera di belakang kami. Semasa kami mula berundur, hujan turun dengan lebat. 27 Mei pada waktu itu adalah musim hujan. Sebaik sahaja kami keluar dari tempat perlindungan hujan turun dengan lebat sehingga tanah berlumpur. Waktu itu tiada jalan bertar jadi segalanya berlumpur.

Kami mengembara melalui Haebaru dan sebaik sahaja memasuki Kochinda penduduk turut menuju ke selatan untuk berpindah ratusan malahan ribuan penduduk beramai-ramai mula berpindah bagi melarikan diri ke Shimjiri. Menjelang waktu subuh kami mula nampak sekitar kami dan menyedari bahawa mayat perang bertaburan di atas jalan. Sesetengahnya masih hidup dan merangkak menuju arah selatan. Kelibat orang merangkak dalam lumpur merupakan situasi yang sangat
menyedihkan. Ada juga askar tercedera yang menjerit “Saya masih hidup. Tolonglah. Jangan pijak saya.” Di Itoman dan Mabuni terdapat sebuah gua besar di mana pihak barisan hadapan telah melindungi tempat untuk Kompeni Kelima, jadi kami pergi ke sana.

Kehidupan di tempat perlindungan Mabuni

Menurut cerita daripada askar pelajar yang telah tiba dahulu ada penduduk telah berlindung di situ tetapi mereka telah dihalau keluar dengan arahan tentera. Dia memberitahu bahawa penduduk membawa periuk dan kuali dan kelihatan sangat sedih meninggalkan tempat berlindung tersebut. Saya rasa perbuatan tentera menghalau orang awam itu sangat tidak dapat diterima. Maka, Kompeni Kelima selepas menghalau pendudukdan masuk ke tempat perlindungan daripada 35 orang 11 daripadanya telah mati. Manakala, kompeni lain yang dipanggil “Kompeni Keenam”, tidak merampas tempat perlindungan orang awam. Mereka berlindung di balik batu besar dan bertahan di sana sehingga tamat peperangan. 28 daripada 34 orang dalam Kompeni Keenam telah mati. Oleh sebab mereka tidak memasuki tempat perlindungan 28 orang telah mati, hanya enam orang yang terselamat. Daripada enam orang itu, empat orang telah tercedera dan hanya dua orang yang terselamat dan tidak tercedera. Perbezaan yang begitu ketara antara kompeni yang merampas dan tidak merampas tempat perlindungan dan terdedah kepada tembakan musuh.

Pembubaran Askar Pelajar

Selepas itu, pada 20 Jun kami diberitahu bahawa musuh telah mara ke penempatan Mabuni untuk membubarkan askar pelajar kami telah berkumpul dan diberitahu, “Musuh kita telah tiba, apa-apa usaha untuk mempertahankan kedudukan kita hingga orang terakhir adalah sia-sia. Oleh itu, kompeni dengan ini dibubarkan. Kami berterima kasih kepada askar pelajar atas usaha mereka. Kami dengar unit Udo masih bertarung sengit di Kunigami. Jadi kami mahu kamu menembusi barisan hadapan dan bergabung dengan unit Udo untuk terus berjuang. Jika kamu gagal tiba ke sana, di pantai Mabuni kapal selam akan tiba untuk menyelamat kamu menurut maklumat yang kami terima. Jadi, kamu boleh menunggu di Mabuni. Kamu harus membuat keputusan sendiri”
Dengan itu, askar pelajar telah dibubarkan.

Kami askar pelajar makan dan berbincang, dan membuat keputusan untuk menembusi barisan hadapan sebelum matahari terbenam. Pegawai bawahan daripada unit lain datang kepada kami dan mencadangkan untuk kami menjadi tawanan perang. Pesawat tentera Amerika menjatuhkan risalah propaganda yang menyatakan dalam bahasa Jepun bahawa askar Jepun harus menyerah kalah dan menjadi tawanan perang. Risalah itu bertaburan di mana-mana sahaja. Pegawai bawahan itu memberitahu kami, “Kandungan risalah itu sahih”. Askar Amerika tidak dibenarkan melayan kamu dengan buruk kerana perjanjian antarabangsa yang disebut sebagai Hague Conventions. Pegawai bawahan itu itu menyambung, “Amerika akan mematuhi perjanjian tersebut.” “Kamu tidak akan didera, usah takut dan jadi tawanan.” “Jepun akan tumbang dalam pertempuran ini dan ini sangat menyedihkan” “dan saya tidak mengatakan bahawa kekalahan itu perkara yang baik” “Tetapi sebaik sahaja tumbang, Jepun baharu mesti dibina semula” “Remaja seperti kamu mesti menyahut cabaran ini” “Terlalu banyak yang mesti kamu lakukan” “Lebih baik menjadi tawanan perang daripada mati.”
katanya.

Kami bertiga mengangkat tangan pada tengah hari keesokkannya dan memanjat kawasan bukit di Mabuni. Selepas memanjat bukit Mabuni,
terdapat lebih kurang sepuluh orang tentera Amerika di sana. kami mengangkat tangan dan menunduk dan menjadi tawanan perang.

Kami dibawa ke Kem Tawanan Perang Yaka

Mereka memeriksa semua poket kami untuk memastikan kami tidak membawa senjata, dan kami disumbat ke dalam trak, dibawa ke tempat di Chinen dan trak berhenti di sana. tujuh hingga lapan orang disumbat lagi dan kami dibawa ke Kem Tawanan Perang Yaka. Fasiliti telah dibahagikan kepada tiga kem satu untuk askar Jepun asal tanah besar satu untuk askar Jepun asal Okinawa dan satu lagi untuk orang Korea yang berasingan kem. Mereka ada makanan yang dipanggil “Makanan catuan K” iaitu makanan perang orang Amerika yang dibalut dalam kertas minyak. Kami makan biskut dan makanan yang diedarkan dalam tin kecil dan saya terkejut “Tentera Amerika berperang sambil makan makanan sebegitu.” Tentera Jepun seperti kami sentiasa kelaparan. Saya dapat rasakan jurang persediaan untuk berperang.

Menaiki kapal menuju Hawaii

Pada satu hari dalam bulan Julai, tawanan daripada Okinawa sahaja dikumpul. Nama kami diseru oleh tentera Amerika yang berbangsa Jepun generasi kedua berasal dari Hawaii. Orang yang disebut nama diarah
untuk menaiki trak. Saya pun menaiki trak dan kami dibawa ke
pinggir laut di Chatan, kemudian diarah naik ke kapal, saya bercakap kepada diri sendiri, “Kemana mereka hendak bawa kami?” Saya fikir “Mungkin kami akan dibawa untuk menjadi buruh seperti hamba.”
Pada waktu itu saya tidak tahu sama ada dibawa ke Hawaii atau ke tanah besar Amerika. Mungkin, “Kami di bawa ke pulau di lautan selatan dan melakukan kerja seperti seorang hamba”, antara perkara yang terlintas. Kapal pun berlepas dari pelabuhan dan dari dek kami melihat Pulau Okinawa mengecil sedikit demi sedikit beberapa orang telah menangis.

Jumlah makanan yang disediakan dalam kapal itu amat sedikit. Kami diberikan dalam mangkuk kecil, tepung dan kentang serta lobak semua itu dimakan bersama sos tomato makan diedar sebanyak dua kali sehari. Kapal yang kami naiki merupakan kapal pengangkut kakitangan tentera. Tempat tidur dipisahkan dengan tiang katil empat tingkat disediakan untuk kami tidur. Semasa menjalankan kehidupan atas kapal kami hanya dibekalkan sepasang seluar dan kemeja T. Kami perlu mencucinya apabila kotor. Kami terpaksa berbogel sehingga pakaian itu kering

Kehidupan di Kem Tawanan Hawaii

Di Kem Tawanan Hawaii, dari segi makanan sangat baik. Sesiapa yang menjadi tawanan perang dari Pulau Ie telah ditugaskan di bahagian dapur. Mereka akan mengisi pinggan bulat dengan makanan sehingga penuh. Apabila kami berkata, “Kami mahu lebih banyak”, mereka akan beri lebih banyak. Kami makan banyak mana yang kami mahu sahaja. Malah dihidang nasi putih. Kami tidak makan nasi putih sejak perang Okinawa bermula. Nasi putih yang enak. Semua tawanan yang tiba di Hawaii terkejut bahawa akan tiba hari kami dapat makan nasi putih yang sedap. Sungguh tidak disangka.

Kehidupan di Kem Tawanan San Francisco

Pada awal bulan Ogos, di pesisir laut barat Amerika, San Francisco mempunyai udara yang dinginmungkin disebabkan aliran angin sejuk. Kami tidur dengan menghidupkan pemanas. Udaranya segar dan tempat itu sangat baik. Saya bersama dengan tawanan perang Tentera Laut Diraja Jepun yang ditawan di Jepun. Kemudian mereka telah dipindahkan ke Texas. Kerajaan AS pada waktu itu mempunyai idea untuk memisahkan Okinawa daripada Jepun. Tawanan di kem Wisconsin dan Texas yang berasal dari Okinawa telah dihantar ke Kem Tawanan San Francisco dari situ kami akan dihantar pulang ke Okinawa. Tawanan daripada Texas lebih kurang 14 hingga 15 orang semua memakai pakaian lusuh dan kasut mereka sedikit rosak kulit mereka gelap lalu saya bertanya kepada mereka mereka memberitahu bahawa menjadi buruh paksa menebang pokok besar dan memotongnya menjadi kepingan terpaksa membuat kerja berat menurut mereka. Orang yang datang dari Wisconsin dipakaikan dengan pakaian bersih kelihatan seperti tentera Amerika keturunan Jepun. kasut mereka berkilat dan penampilan yang kemas mereka juga memakai minyak rambut. Apabila saya bertanya Di Kem Tawanan Wisconsin, hidangannya enak dan diberikan gaji sebanyak 25 sen sehari malah dapat membeli barang dengan gaji yang diterima. Itu yang mereka beritahu mengenai Kem Tawanan Wisconsin. Di Amerika Syarikat, termasuk kapal yang membawa ke Kem Tawanan Hawaii semuanya mendapat layanan yang berbeza kem-kem tawanan di Amerika masing-masing memberi layanan yang berbeza. Saya menganggap bahawa kerajaan tidak menetapkan piawaian, di kapal dan kem tawanan perkara itu telah diserahkan kepada budi bicara kapten kapal dan warden kem.

Pulang ke Okinawa

Sekitar november 1945 saya telah dibebaskan dari kem tawanan dan pulang. Pada waktu itu, keluarga saya telah ditahan di Kampung Gushikawa kini dikenali sebagai Shioya di Bandar Uruma. Walaupun saya telah dibebaskan daripada kem tawanan saya tidak tahu dimana lokasi keluarga. Saya diberitahu ketika di kem tawanan bahawa kampung halaman saya iaitu Kampung Nakagusuku kini berada dalam Daerah Koza menurut pentadbiran baharu dan saya juga diberitahu “Pergilah ke Koza”. Disebabkan saya tidak tahu di mana keluarga saya berada Saya tinggal bersama orang lain, tiga orang termasuk saya tinggal di Ageda dalam Bandar Okinawa. Salah seorang merupakan tawanan perang yang ditangkap di Filipina, seorang lagi ialah tawanan perang di Saipan. Kami bertiga tinggal bersama menjalani kehidupan.

Saya tidak tahu siapa yang memberitahu ibu saya, tetapi ibu saya tahu saya ada di Ageda dan ibu datang mencari saya. Ibu memberitahu bahawa keluarga saya kini sedang ditahan di Gushikawa jadi saya berjalan kaki ke Gushikawa. secara kebetulan saya bertemu rakan sekelas yang mengajak saya menyertai perkhidmatan tentera. Dia telah kembali dan tinggal berdekatan. Dia tidak pernah ditangkap kerana menyamar sebagai orang awam biasa di Mabuni dan telah kembali ke Gushikawa dalam masa empat hingga lima hari. Kemudian dia terus membuka pelbagai cerita. Terdapat sebuah sekolah bernama Sekolah Menengah Maehara di Gushikawa, dan dia beritahu dia belajar di sekolah itu, dan mencadangkan saya untuk masuk ke situ.

Kehidupan sebagai pelajar selepas perang

Semua orang memanggil sekolah menengah sebagai high school dan bukan sebagai koko dalam bahasa Jepun. Sekolah Menengah Maehara dibina di padang Sekolah Rendah Takaesu walaupun saya disuruh masuk ke situ, tetapi bilik darjah dibina daripada pondok khemah dan tiada lantai, meja dan kerusi yang buruk serta tiada papan hitam. Saya masuk ke sekolah selepas 10 hari setelah sekolah buka. Buku teks pun tiada hanya mendengar cerita daripada guru sahaja. Terdapat fasiliti pendidikan untuk tentera Amerika. Mereka memanggil sebagai Universiti. Saya telah pergi tempat pembuangan sampah di situ dan menjumpai banyak kertas-kertas yang yang telah digunakan. kertas yang digunakan untuk mesin taip masih putih pada bahagian belakangnya saya fikir ini boleh digunakan sebagai nota, dan mengambilnya pulang. saya cari sekeliling ada tak apa-apa yang boleh digunakan seperti buku. saya telah menjumpai buku tahap universiti seperti algebra. apabila saya lihat kandungannya, tertulis mengenai persamaan linear, persamaan kuadratik dan pemfaktoran dan serupa dengannya. saya mempunyai sedikit pengetahuan mengenai perkara tersebut jadi saya fikir saya boleh belajar sesuatu daripada ini. Jadi saya membawa pulang untuk dipelajari. Tiada buku teks sehingga saya tamat belajar di Sekolah Menengah Maehara. Selepas Sekolah Menengah Maehara berpindah ke tempat beradanya Sekolah Menengah Rendah Katsuren sekarang ini. Saya menjalani kehidupan asrama di sana kami hanya mendapat nasi separuh mangkuk jadi kami sentiasa lapar. Sukar untuk saya memberi tumpuan kepada pelajaran.

Belajar Bahasa Inggeris dan pergi ke Amerika

Selepas tamat sekolah menengah, saya bekerja di ladang pada waktu pagi. Pada waktu itu makanan tidak cukup jadi saya perlu bekerja di ladang. Pada sebelah petang saya menyalin buku Bahasa Inggeris yang saya pinjam daripada abang ipar saya. Saya belajar Bahasa Inggeris hingga tahap tertentu. Abang ipar saya bekerja di tempat yang dipanggil Post Engineer dan terdapat jawatan kosong di pejabat asrama orang Okinawa, Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh pengarah di situ mudah difahami jadi saya pun mencari pekerjaan disitu supaya dapat belajar dengan lebih baik. Saya cuba bercakap sebanyak yang boleh dengan pengarah. Saya menyalin semua kandungan buku Bahasa Inggeris yang saya pinjam daripada abang ipar saya dengan cara itu saya semakin cekap berbahasa Inggeris.

Pada waktu itu terdapat Sekolah Bahasa Asing Okinawa yang terletak di Taba, Gushikawa. Saya menduduki peperiksaan di situ dan lulus. Saya belajar di Sekolah Bahasa Asing Okinawa selama setengah tahun, kemudian belajar di Universiti Ryukyu. Sebelum peperiksaan Universiti Ryukyu tidak lama sebelum itu, terdapat kekosongan guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Rendah Kitanakagusuku. Terdapat pertanyaan untuk saya menjadi guru di situ. Saya bekerja sebagai guru ganti semasa saya berumur 20 atau 21 tahun saya rasa tidak bagus untuk kekal sebagai guru ganti selama-lamanya. Saya tidak belajar untuk peperiksaan kemasukan ke universiti tetapi saya rasa saya mungkin lulus untuk peperiksaan kemasukan program guru sekolah rendah dan saya lulus walaupun saya dapat masuk ke program guru sekolah rendah.

Saya sangat teruk dalam melukis dan kaligrafi jadi saya rasa tidak sesuai untuk saya menjadi guru sekolah rendah. saya harus mengubah mata pelajaran utama dan mengambil semula peperiksaan kemasukan pada akhir tempoh akademik pertama, saya memohon cuti dan buat kali pertama. saya belajar untuk peperiksaan kemasukan. Kemudian saya masuk program universiti empat tahun. Walaupun saya tamat belajar dalam program Bahasa Inggeris di Universiti Ryukyu tetapi saya rasa untuk belajar Bahasa Inggeris sebenar saya harus pergi ke Amerika Syarikat. Oleh itu saya ke sana dan belajar dan mengambil pengkhususan dalam perakaunan.

Mesej kepada golongan muda

Pengalaman terlibat dalam peperangan, saya rasa kita telah terlibat dalam perang yang dahsyat. Saya tertanya-tanya adakah terdapat cara untuk menghalang daripada berlakunya peperangan. Walaubagaimanpun, kami tetap tiada kuasa untuk menghalang daripada tercetusnya perang Okinawa. Pada waktu itu Jepun di pengaruhi fahaman ketenteraan, 115 rakan sekelas saya yang telah menyertai tentera, 65 orang telah mati dalam peperangan. 140, 000 orang awam di Okinawa telah kehilangan nyawa dan jika angka itu digabungkan dengan tentera dan orang yang bekerja untuk tentera menjadi 240,000. Nama mereka diukir pada Batu Sudut Keamanan di Mabuni. Disebabkan peperangan ini, tragedi yang amat dahsyat telah berlaku dan sama sekali tidak harusnya berulang, perasaan saya amat kuat berasa seperti yang demikian.


Shoutoku Asato telah bekerja dengan syarikat pembuatan dan penjualan minuman ringan Bireley’s yang berasal dari Amerika dan selepas itu beliau kembali ke Okinawa dan menubuhkan Syarikat Bireley’s Okinawa Sdn. Bhd. dan terlibat selama 44 tahun dalam operasi perniagaan. Pada tahun 2018, beliau menerima Anugerah Ekonomi dan Perniagaan daripada Ryukyu Shimpo. Beliau juga menjadi “pencerita” untuk kisah sebenar pengalaman perang sebagai askar pelajar dalam peperangan Okinawa.