Melangkah dari Dunia PeperanganOrang yang terlibat dengan peperangan. Video penerangan semasa dan selepas peperangan

Pulau IE: Pulau Yang Musnah

En. Seitoku Shimabukuro

Tarikh Lahir:1937

Tempat Lahir:Kampung Ie

Pulau Ie sebelum perubahan drastik akibat perang

Semasa perang Okinawa saya berumur tujuh tahun dan masih pelajar darjah satu di sekolah rendah. Saya tidak ingat dengan jelas mengenai saya mendaftar duduk di meja dan belajar. Saya hanya ingat sedikit terdapat latihan kecemasan untuk berlindung di tempat perlindungan serangan udara dan lawatan sambil belajar ke tempat latihan tentera.

Pada tahun itu, tahun 1944 pada bulan Oktober “Serangan Udara 10 Oktober” telah berlaku. Sebelum berlakunya perang, terdapat kumpulan kuda dan kereta kuda dari Pulau Okinawa yang membantu dalam pembinaan lapangan terbang di Pulau Ie. Kuda dan gerabak dari Kampung Nakijin dan Pekan Motobu yang berada berdekatan semuanya telah dikumpulkan. Skuad sokongan juga datang dari pulau utama dan bahagian tengah selatan. Di rumah saya juga terdapat skuad sokongan dari Nakijin yang datang menumpang. Selepas itu semasa kami melarikan diri ke Nakijin orang itu pula yang menerima kami menumpang di rumahnya.

Melarikan diri ke Nakijin

Selepas serangan udara 10 Oktober, atas arahan tentera dari pantai di pesisir laut selatan Pulau Ie sekarang ini kami merentas laut ketika tengah malam menaiki kapal pendarat tentera Jepun dan pergi sehingga Hamazaki di Motobu dari Motobu kami bergerak dengan berjalan kaki sehingga ke Nakijin dan sampai lebih kurang pukul enam pagi Saya tidak tidur langsung. Saya berumur tujuh tahun jadi saya boleh membawa beg sendiri manakala adik lelaki saya baru dua tahun. Dia terpaksa membawa botol air yang berisi air panas dengan menggantungnya di leher dan terus berjalan bersama-sama orang dewasa. Di tengah jalan dia mula menangis dan berehat selama 30 minit dan menyambung semula perjalanan. Kami bergerak lebih lambat daripada keluarga lain kerana ibu bapa saya membawa barang sebanyak yang boleh jadi mereka tidak dapat mendukung adik saya. Ayah saya kehilangan bahagian lengan kanan sebelum perang lagi jadi disebabkan kekurangan itu ayah dapat melarikan diri tanpa perlu
kekal di pulau.

Tempat kami berlindung ialah Yonamine di Kampung Nakijin. Kami tinggal di sana hanya beberapa hari dan tidak duduk lama. Kami bangun awal pagi dan melarikan diri ke Gogayama dan kembali ke Yonamine selepas terbenam matahari, Setiap hari kami mengulanginya. Perkara yang paling saya ingat ialah di rumah agam tempat kami berlindung itu terdapat pokok beringin yang besar dengan memanjat pokok beringin itu dan lihat ke arah Pulau Ie, Pulau Ie akan kelihatan setiap hari merah terbakar. Sebagai kanak-kanak apabila melihat perkara itu saya fikir pasti rumah saya sendiri turut terbakar. Rumah-rumah jiran pun pasti terbakar berapa buah saja yang tinggal fikir saya. Itulah ingatan saya mengenai pulau itu. Pada hari saya tertangkap dan dijadikan tahanan di kem tawanan Nago, pada hari itu tiada apa-apa makluman jadi kami terima arahan untuk duduk di rumah. Tanpa perlu memanjat gunung kami berehat di rumah. Selepas itu lebih kurang pukul 12 tengah hari disebabkan tentera AS telah mendarat kami diberi arahan untuk tidak ke gunung tetapi ke pantai. Selepas itu semua orang tergesa-gesa bergerak ke pantai melarikan diri kami bersembunyi di balik hutan pokok rumbia di situ semua orang ditangkap tentera AS. kami dibawa ke kem tawanan Ourazaki di Nago. Di Ourazaki kami ditempatkan sementara selama satu hingga dua bulan.

Selepas itu tentera AS memindahkan penduduk awam ke fasiliti yang disediakan di Kampung Kushi yang kini dikenali sebagai Bandar Kushi di Nago. Selepas itu kami menjalani kehidupan sebagai tahanan selama dua tahun pada waktu itu terdapat lebih kurang dua hingga tiga ribu tahanan.

Penduduk Pulau Ie ke tempat tawanan

Selepas itu tawanan dari penduduk awam Pulau Ie yang masih ditahan menjadi lebih kurang seramai 2000 orang di pindah ke Kepulauan Kerama selepas beberapa bulan penduduk pulau ditahan di Kepulauan Kerama beberapa penduduk pulau dipindahkan ke kem tawanan kampung Kushi dan penduduk yang lain dibawa ke Pekan Motobudan berpecah. Dalam masa dua tahun penahanan pusat pentadbiran telah dibentuk. Pejabat pentadbiran awam Kampung Ie telah dibina di Kushi. Kebakaran telah berlaku semasa di dalam tahanan. Tempat saya tinggal telah terbakar dan saya hanya membawa pakaian yang dipakai. Kehidupan di kem tawananlah paling sukar.

Kisah masalah bekalan makanan

Masalah utama di kem tahanan ialah bekalan makanan tidak mencukupi sesiapa yang mencuri ubi dari ladang di Kushi walau sedikit akan segera ditangkap. Ramai orang yang memerhati. Masuk ke ladang mengutip daun ulam pun tidak dibenarkan. Berjalan di atas batas bendang pun akan dijeling-jeling. Jadi kami terpaksa kutip rumput yang boleh dimakan yang tumbuh sepanjang jalan. Kami diberi oleh tentera AS sekotak makanan perang untuk dimakan selama tiga hari. Di dalam keluarga saya, ibu dan adik hampir mati kerana kekurangan zat makanan. Saya bersama ayah pergi menangkap katak untuk dijadikan makanan. Walaupun kami menangkap sehingga 40, 50 ekor, masih lagi tidak cukup sekali makan. Hanya bahagian paha yang boleh dimakan dan bahagian lain akan dibuang. Hanya dengan katak masih tidak cukup sebagai makanan

Ada seorang nenek tua yang memberi petua untuk mencari tikus yang tinggal di rumah dan kami memanggilnya yabo dalam bahasa dialek, kami disuruh untuk menangkap dan makan yabo. Yabo ini tinggal di bawah kayu api dan dalam rumput dan berjaya ditangkap beberapa ekor menggunakan sebelah tangan. Yabo juga berbadan besar kami berjaya menangkap yabo sehingga penuh separuh guni dan memberi kepada nenek yang memberi petua itu untuk memasaknya. Kami makan bersama nenek itu
dengan penuh selera. Begitulah kami berjaya meneruskan hidup.

Kembali ke Pulau Ie dan bina semula

Setelah dua tahun, pada Mac 1947, semua orang dapat pulang ke Pulau Ie semua penduduk pulau sangat gembira. Mereka menaiki kapal balik ke Pulau Ie Semua pulang dengan cita-cita yang besar sebaik sahaja mendarat dan langkah pertama pandangan di hadapan bukan lagi pemandangan tempat tinggal dahulu. Sebuah rumah, sebatang pokok pon tiada di hadapan kami hanyalah kenderaan kegunaan tentera AS dataran di atas batu karang terdapat kenderaan-kenderaan tentera AS sahaja di pandangan mata terasa seperti berada di pengkalan tentera AS. Terasa seperti ilusi bukan lagi berada di pulau sendiri. Disebabkan terlalu terkejut terdapat orang yang tidak dapat berkata-kata melalui apa yang saya dengar. Sehingga saya tidak tahu lagi di mana terletaknya rumah saya. Di bahagian timur terletaknya Sekolah Rendah Ie sekarang ini terdapat bangunan berbentuk separa bulat panjang dan khemah tentera AS dan disitu sekali lagi semua penduduk pulau perlu tinggal bersama kehidupan tersebut berterusan. Sehingga hampir setahun dari situ kami mencari tapak rumah masing-masing tetapi satu bangunan pun tiada. Satu bangsal kecil khinzir pun tiada.
Selepas pulang, pertama sekali kami membina membina pondok kecil. Untuk membangunkan rumah kami perlu bermula dengan menyediakan tapak dahulu.
Tapak rumah yang telah terbakar lebih mudah tetapi rumah kami dimusnahkan oleh kereta kebal jubin dan lain-lain objek telah tertimbus selepas membersihkan jubin lantai dan sebagainya kami menemui pula tengkorak jasad yang hanya tinggal rangka dan ular kapak.

Orang pada waktu itu tidak takut pada ular kapak dan tidak cuba untuk membunuhnya. Mereka hanya ingin membersihkan secepat yang boleh kerana terdesak untuk mendirikan rumah. Jadi pokok beringin dan pokok fukugi yang mati dan terbakar akan ditumbangkan dan digunakan untuk membina pondok. Orang tumbang akibat perang di Pulau Ie seramai dalam beberapa ribu. Pulau yang sekecil ini mempunyai jumlah kematian yang sedemikian. Selepas perang juga masih terdapat krisis makanan jadi apabila orang pergi ke ladang mereka akan menemui pucuk ubi keledek yang tumbuh menghijau dan mereka berharap mendapat ubi keledek yang besar objek seperti batang kayu digunakan untuk menggali tetapi yang mereka temui adalah tengkorak dan tulang manusia. Jasad orang yang mati dalam perang telah membekalkan nutrien untuk pokok hidup subur. Sepuluh tong disusun dan dimasukkan rangka manusia untuk tempat yang berdekatan tempat pengumpulan rangka akan diangkut sendiri untuk tempat yang jauh disebabkan pada waktu itu tiada kereta dan kereta kuda tulang akan ditinggalkan dahulu kerana nanti orang majlis tempatan akan datang kutip. Beberapa bulan sebelum kesemua penduduk pulau balik lebih kurang 100 orang remaja dikumpulkan untuk dihantar sebagai barisan hadapan untuk melakukan kerja pembersihan pulau namun kerja yang telah dilakukan oleh mereka hanya nyalah mengumpul rangka manusia dan tidak sempat membuat kerja lain daripada apa yang saya dengar.

Kapal pengurusan bom tentera AS dan peristiwa letupan LCT

Ketika saya berusia 11 tahun semasa cuti musim panas darjah 5 sekolah rendah. Saya bersama ayah telah ke Motobu dan pulang menaiki kapal. Kami merancang untuk tidur satu malam di Motobu tetapi berubah kepada pulang pada hari yang sama tanpa memakan apa-apa dengan perut kosong saya menaiki kapal. Saya merancang untuk terus makan setelah tiba di Pulau Ie beberapa buah kenderaan tentera AS yang membawa bom ke sana-sini sehingga debu berterbangan di tempat pemecah ombak. Jadi saya tidak boleh makan di situ disebabkan tekak juga berasa kering saya membungkus semula bekalan makanan dan meminjam dapur dari rumah yang paling dekat dengan pelabuhan. Saat saya hendak minum air menggunakan dari pencedok secara tiba-tiba bunyi letupan yang membingitkan telinga kedengaran kawasan sekitar menjadi gelap. Selepas itu keadaan menjadi terang semula dan saya melihat sekeliling orang ramai ke sana ke sini jeritan juga kedengaran keadaan yang cemas
telah terjadi.

Dalam keadaan tersebut saya segera menuju ke rumah. Apabila saya tiba di rumah ibu yang berada di rumah melihat saya dan sangat terkejut. Ibu bertanya kenapa kami pulang pada hari yang sama. Saya menerangkan keadaan yang berlaku dan ibu bertanya bagaimana dengan ayah saya? Saya menjawab saya tidak tahu. Saya benar-benar tidak tahu sama ada ayah masih selamat atau tidak. Saya tersedar bahawa saya masih mengenggam pencedok tadi. Saya sangat takut sehingga tidak mampu melepaskannya. Ibu saya membantu melepaskan jari saya satu demi satu. Ibu bertanya tempat saya pergi minum air tapi saya langsung tidak ingat. Ibu saya menganggap ayah saya sudah mati. Sebelum saya balik rumah, semua penumpang bot feri telah mati bersama bot kata ibu yang terdengar cerita tersebut. Feri yang kembali hanya anaknya yang selamat tetapi suaminya tiada. Jadi ibu rasa ayah telah mati, lalu meminta bantuan saudara-mara untuk mencari ayah.

Kami ke pelabuhan untuk mencari ayah, pemandangan pada waktu itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pantai yang biasanya pasir putih dan cantik disinari cahaya matahari itu bertukar menjadi hitam. Serpihan kapal pengangkut dan bom bertaburan keadaan benar-benar panik. Seolah-olah di neraka. Mayat manusia boleh dikenalpasti tetapi identitinya tidak dapat dipastikan. Ayah saya telah kehilangan lengan kanan sebelum perang, dari lima hingga enam orang saudara mara ada juga adik perempuan ayah iaitu mak cik saya. Mak cik saya menjumpai satu mayat tanpa tangan kanan tangan kanan itu memang tiada daripada awal lagi “Sama seperti adik saya” “Ini pasti adik saya” kata mak cik saya. Semua saudara mempercayainya lalu mula menangis. Saya masih belum faham makna kematian ayah jadi saya bingung berdiri di sana. Selepas seketika, daripada arah belakang “Seitoku! Kamu masih hidup!” terdengar suara yang menjerit. Saya menoleh untuk melihat siapa yang menjerit, itu ayah saya. Ayah saya yang disangkakan sudah mati masih hidup. Seperti plot dramatik dalam sebuah filem yang mati dan hidup yang diputarbalikkan. Tetapi sepupu ayah yang berada dalam kapal yang sama pada hari itu terkorban.

Keadaan sehari lepas kejadian letupan itu lagi dahsyat. Masih banyak mayat dan daripada laut juga terdampar. Mayat siapa itu tidak dapat dikenalpasti identiti. Persatuan belia dan bomba telah dikerahkan untuk melakukan operasi mencari mayat dan pembersihan. Bersama mereka terdapat orang yang memanggil nama ahli keluarga yang sepatutnya pulang tetapi belum pulang. Ramai juga yang menjerit dan menangis. Keadaan sehari selepas kejadian letupan itu seperti neraka.

Sejarah penderitaan di Pulau Ie

Penduduk Pulau Ie banyak yang menderita disebabkan perang dan kepayahan hidup dalam kem tawanan dalam menempuhan cabaran hidup. Tiada ruang dan kesempatan untuk memulihkan jiwa dan fizikal yang lelah. Dalam kepenatan jiwa dan juga fizikal ditambah lagi dengan memaksa diri sendiri untuk hidup. Kami bangun semula dari penyeksaan ini dan bekerja keras tanpa kira siang malam dalam keadaan bekerja keras bersungguh-sungguh kejadian ini pula menimpa. Kejadian letupan kapal tentera AS yang membawa bom. Apa apa pun kami telah berusaha untuk hidup. Perlahan-lahan kami mendapat semula cita-cita dan senyuman. Insiden yang tragik ini telah berlaku menyebabkan seksaan psikologi pada semua orang. Disebabkan kejadian ini terutamanya penduduk pulau yang kehilangan keluarga dalam insiden ini terasa tidak berdaya lagi untuk hidup dan ramai telah hilang harapan untuk hidup ketika dalam situasi tersebut. Namun, kami terpaksa meneruskan hidup. Setiap hari kami perlu membuat sesuatu untuk mendapatkan semula kehidupan, penduduk pulau bangkit semula untuk hidup. Hanya lima tahun selepas insiden itu, pada tahun 1953
pengusiran Kampung Maja berlaku berhadapan dengan pengusiran Kampung Maja Encik Shoko Ahagon bersama Persatuan Pelindung Tanah telah merentas Okinawa telah melakukan “perarakan pengemis” bagi membantah pengambilan tanah oleh tentera AS. Selepas itu mogok lapar juga telah dilakukan. Walaupun bantahan sekeras-kerasnya dilakukan, tentera AS masih lagi melakukan pengusiran secara paksa satu hingga dua tahun selepas itu latihan menembak tentera AS pun bermula Kampung Maja dan Nishizaki menderita akibat latihan tentera AS.

Mesej kepada golongan muda

Sejarah Pulau Ie semasa dan selepas perang penuh dengan luka. Penduduk pulau telah mengalami sejarah penuh luka yang menyakitkan. Mustahil untuk bercakap mengenai sejarah Kampung Ie tanpa bercakap tentang masalah pengkalan tentera, mustahil untuk bercakap mengenai sejarah Pulau Ie tanpa bercakap mengenai insiden letupan LCT, mustahil untuk bercakap mengenai sejarah Pulau Ie tanpa bercakap mengenai masalah kem tawanan. Pengalaman seperti neraka ini dirasai sendiri oleh penduduk pulau jadi apabila mengenang kembali sejarah pulau kisah seperti ini perlu disampaikan dengan betul kepada generasi akan datang, kebenaran bahawa
Pulau Ie pernah mengalami perkara ini tidak boleh diabaikan. Walaupun pulau terpencil ini bukanlah tempat yang strategik kita mesti mencari jalan dan berusaha untuk menjalani kehidupan.


Encik Seitoku Shimabukuro bekerja di pusat pentadbiran Kampung Ie dari tahun 1989 sehingga tahun 2005 selama 16 tahun, pernah bekerja sebagai ketua kampung agak lama dan bertugas mentadbir Kampung Ie.