Melangkah dari Dunia PeperanganOrang yang terlibat dengan peperangan. Video penerangan semasa dan selepas peperangan

Menemui Harta Karun Pulau Selepas Perang

Pn. Tomi Ito

Tarikh Lahir:1928

Tempat Lahir:Bandar Henza, Uruma

Tibanya pengakhiran perang di tanah besar

Saya berada di Osaka semasa perang meletus. Semasa perang tamat, saya berada di Toyama. Selepas tamat sekolah rendah, saya ingin sambung pengajian di sekolah menengah lanjutan. Selepas tamat belajar saya ingat dengan bantuan pak cik yang tinggal di luar daerah saya boleh ke sekolah membuat pakaian
dan pergi ke tanah besar Jepun. Waktu itu terdapat orang yang terlibat dalam pengambilan, jadi saya berbincang dengan orang itu dan dapat dibawa pergi ke tanah besar Jepun. Saya meminjam 30 yen daripada ibu dan membuat persediaan secara rahsia. Sehari sebelum berlepas barulah saya beritahu keluarga untuk pergi ke tanah besar, dan orang pengambilan itu membawa saya pergi bersama. Saya yang masih kanak-kanak sangka bahawa saya
akan pergi ke sekolah membuat pakaian. Namun, orang itu membawa ke
kilang tenunan. Syarikat itu dipanggil Shikishima Boseki Sdn. Bhd. dan terletak di bandar Osaka. Walaupun saya tiada niat untuk bekerja di kilang tenunan tetapi saya dibawa ke situ. Saya haya berusia 13 tahun dan baru tamat belajar
darjah enam sekolah rendah jadi saya tidak tahu apa-apa. Saya hanya dibawa oleh orang yang merekrut.

Tugas pertama saya di kilang tenunan adalah mengadun serat. Saya perlu mengisi kapas ke dalam mesin yang akan mengubahnya menjadi benang.
Selepas kapas dicampur saya perlu sambung ke tugasan lain yang berikutnya.
Selepas berpindah ke Toyama saya menenun dengan mesin. Saya tidak ingat betapa sibuknya saya waktu itu kerana saya tumpu bekerja bagi mendapat wang.
Waktu itu saya tidak memiliki barangan kegunaan harian, dan menggunakan kupon pakaian yang dikirim oleh keluarga, saya membeli stokin dan tuala. Ketika itu agak sukar kerana menggunakan sistem kupon. Dengan pengiriman wang saya fikir pasti dapat membantu keluarga. Daripada gaji saya sebanyak 26 yen itu saya menyimpan 2.5 yen untuk perbelanjaan dan mengirim 5 yen melalui surat kepada keluarga setiap bulan. Menurut cerita ibu saya mereka menyimpan duit itu dan menggali perigi. Kerana bom telah dijatuhkan di Hiroshima
dan, Hiroshima dan Osaka juga dekat saya fikir yang agak bahaya untuk duduk di Osaka. Disebabkan Jepun belum menyerah kalah, sehari selepas bom dijatuhkan di Hiroshima saya melarikan diri ke Toyama. Saya tinggal di Toyama selama setahun setengah.

Dihantar pulang ke Okinawa

Saya mendapat surat daripada pak cik yang tinggal di Yokohama. Berpandukan alamat surat itu, saya pergi sehingga ke Yokohama untuk berjumpanya. Waktu itu pak cik sedang membuat persediaan untuk kembali ke Okinawa. Selepas itu, apabila saya kembali ke Toyama dan bertanya kepada pentadbiran daerah Toyama, saya mendapat tahu bahawa boleh pulang ke Okinawa. Kami pun mula membuat persediaan untuk pulang. Dari sekitar bulan November tahun 1946,
kami berada di kem tahanan Nagoya selama sebulan, dan pada 12 Disember pulang dengan menaiki kapal pendarat tentera AS. Kami tinggal semalam di kem tahanan Kubasaki di Nakagusuku. Seseorang dari pusat pentadbiran datang menjemput kami dan menghantar kami ke rumah masing-masing. Saya pulang bersama orang-orang dari Henza. Tujuh atau lapan yang daripada meraka sebaya dengen saya.

Kehidupan pasca perang

Sejurus setelah tamat perang, orang dari pulau-pulau berdekatan telah dikumpulkan di Pulau Henza. Beberapa keluarga telah tinggal bersama tetapi
semasa saya pulang sudah tiada begitu. Di rumah ibubapa saya hanya ada keluarga saya. Nenek-nenek saya mengutip kerang dan ketam sebagai makanan,
dan kami ke laut semasa air surut. Kami tidak menghadapi kesukaran
mendapatkan makanan. Di kebun pula kami memetik kucai, nigana, pucuk ubi keledek dan daun bawang untuk dimakan bersama mi somen. Kami juga membuat tauhu sendiri daripada kacang menggunakan lesung kayu.

Ibu saya keluar menjadi pekerja harian hampir setiap hari. Di rumah saya
tinggal dua orang nenek. Saya bersama nenek akan mengusahakan ladang. Ubi keledek yang digali akan dipikul saya untuk dibawa. Kerja rumah lain hampir semunya dilakukan saya, termasuk menarik air. Pada waktu itu ladang
penuh dengan batu-batu. Sekiranya dibiarkan sukar untuk bercucuk tanam.
Kami kanak-kanak mengangkut pasir dari pantai untuk diletakkan di ladang.
Ubi keledek lebih mudah untuk hidup apabila tanah dicampurkan pasir. Tetapi kami cuma dapat hasil ubi sekecil ini sahaja. Ladang di Pulau Miyagi yang bersebelahan lebih baik dan ubi keledek lebih besar-besar. Mereka membawa dengan sabani (bot kayu tradisional) dan jual di sini. Kami pula membawa raga rotan ke pantai untuk membeli ubi keledek.

Kehidupan selepas berkahwin

Apabila saya meluaskan niat untuk melakukan kerja dengan tentera ayah tidak bersetuju dan saya dikahwinkan dengan segera. Saya kembali ke Okinawa semasa 19 tahun dan berkahwin pada usia 20 tahun. Suami saya berada di Osaka sehingga tahun 1943 dan kembali ke Pulau Henza lalu menjadi kelasi.
Keluarga suami turun temurun bekerja di kapal. Selepas berkahwin dengan saya,
suami menukar kerjaya dari kelasi bot besar kepada kerja membina sabani dan menyertai kesatuan bot feri dan melakukan kerja bot feri. Dia melakukan kerja feri di Pulau Henza sehinggalah terminal penyimpanan minyak oleh Perusahaan Gulf terbina. Selain itu, dia juga membawa kayu api dari Yanbaru(bahagian utara pulau utama) ke kawasan Yonabaru untuk dijual. Suami saya menguruskan jualan, sementara saya menjaga pesanan kayu api, dan kami pergi sehingga Yanbaru. Kami akan pesankan seorang pembekal kelahiran Pulau Henza
yang berada di Kanna, Kampung Ginoza tarikh dan waktu kami ambil, dan sebelum bila berapa ikat patut disediakan. Manakala suami pula akan membawa sehingga ke Yonabaru untuk melakukan jualan. Hari pekerjaan feri cuti kami
akan menjual kayu api. Pekerjaan feri akan cuti sehari dalam seminggu. Pada hari cuti kami juga akan melakukan kerja lain seperti mengusahakan ladang. Kami juga menyediakan bot sewa jadi orang Amerika juga ada menggunakan bot untuk memancing.

Waktu itu kami mempunyai dua buah kandang khinzir dan setiapnya mempunyai tiga ekor menjadikan enam ekor keseluruhan. Setelah anak khinzir yang lahir menjadi 10 ekor kami menjualnya sebanyak 10 dolar dan membeli mesin jahit.
Waktu itu banyak khinzir hitam, dan sekarang baru khinzir putih mula meluas.

Mesej kepada golongan muda.

Saya harap orang muda belajar Shimakutuba Dialek -dialek tradisional di Okinawa sehingga arif tentang Shimakutuba.
Tanpa memahami dialek tempatan kita tidak akan faham tentang hal tempatan.
Mana-mana perkataan atau tempat juga sebegitu. Bukan sahaja Pulau Henza, tempat lain juga boleh dikatakan begitu. Dialek merupakan bahasa yang penting
bagi setiap perkampungan. Saya mahu orang muda belajar tentang dialek.

♪Suri agari bushi♪
Rama-rama cantik terbang menuju timur bawa pesanan
Surisasa surassa haiya
Adakah pesanan sampai kepada kamu
Surisasa surassa haiya

Lagu ini pun semuanya dialek. Ramai kanak-kanak dari pulau besar Okinawa
datang ke Pulau Henza tetapi kerana tidak faham dialek,makna lagu ini tidak dapat difahami. Kami semua sedaya upaya menyampaikan lagu ini. Demi menjamin kelangsungan kebudayaan, dialek mesti dipelajari oleh generasi akan datang.


Pn. Tomi Ito tinggal di tempat asalnya Pulau Henza sambil menambah baik gaya hidup kawasan berkenaan melalui kegiatan dalam persatuan surirumah, orang tua dan ahli jawatankuasa penduduk dengan sepenuh hati bagi menjamin kelangsungan budayanya. Khususnya perayaan tradisional Pulau Henza, Sangwacha dan Usudeku yang akan menyanyi lagu dalam dialek Henza.
Beliau bersungguh-sungguh dalam aktiviti pemeliharaan budaya.