Melangkah dari Dunia PeperanganOrang yang terlibat dengan peperangan. Video penerangan semasa dan selepas peperangan

Pekerjaan Utama Dengan Bashofu

Pn. Toshiko Taira

Tarikh Lahir:1920

Tempat Lahir:Kampung Ogimi

Zaman kanak-kanak saya di Kijoka

Saya dilahirkan di Kampung Ogimi, Kijioka. Penduduk-penduduk Kijioka semua terbabit dalam membuat bashofu (banana fiber cloth). Keluarga saya telah mempromosikan Bashofu sejak zaman datuk dan bapa saya. Ibu saya tidak keluar berkerja di ladang, tetapi selalu menenun Bashofu di rumah. Saya membesar mendengar bunyi mesin tenunan seolah-olah mesin itu seperti lagu tidur dan sejak kecil lagi, saya membantu ibu saya menenun benang. Semasa saya berumur sepuluh tahun, saya mula menenun menggunakan mesin tenun, tetapi saya masih terlalu pendek untuk mencapai mesin tenun dengan kaki saya, jadi saya melaraskan ketinggian dengan papan. Pasa masa itu, saya tidak menenum dengan benang Basho tetapi dengan benang yan. Benang basho mudah terputus, jadi say pilih benang yan.

Semasa saya dalam darjah kelima sekolah rendah, saya dapat menenun kimono saya sendiri. Kemudian, saya juga menenun untuk Kakak Saudara saya.
Pada tahun pertama sekolah rendah atasan, saya telah menenun kasuri(kimono) untuk ibu saya. Setelah tamat pengajian dan mengikuti tahun kedua,
saya membantu ibu saya menenum Bashofu.

Pulang ke kampung setelah bekerja di tanah besar Jepun

Selepas seketika, saya mula bekerja di Shikoku dan Tokyo. Semasa saya sedang bekerja di Tokyo, bapa saya datang untuk menjemput saya pulang ke Okinawa
kerana tiada orang lain yang boleh berkerja di rumah. Dengan segera saya mengemas barang saya dan pulang ke Kijoka. Setiap hari saya bekerja sebagai ahli belia, dan menjaga keluarga askar-askar yang telah pergi berperang. Saya sangat sibuk pada masa itu melakukan kerja seperti mengumpul kayu api,
sehingga saya tidak dapat menolong keluarga saya.

Sementara itu, pada tahun 1944, seorang guru dari sekolah belia melawat rumah kami. Mungkin guru itu telah memilih saya, Dia berkata, “Kampung Ogimi perlu menghantar sekurang-kurangnya 30 orang wanita” dan mengajak saya menyertai Unit Sukarelawan Wanita tanpa pengetahuan ayah saya. Saya dengan senang hati membuat keputusan untuk bekerja di kilang bekalan senjata di Tanah besar Jepun. Kami bertolak dari pelabuhan Naha pada Mac 30. 5 orang daripada Nago dan 30 orang daripada Nakijin. Kira-kira 120 orang telah dipiluh untuk dipindahkan. Kapal berlayar melepasi pulau-pulau sekeliling dan tiba di Kagoshima pada hari kesembilan.

Menuju ke kilang di Kurashiki

Kemudian, kami berpindah tanpa diberitahu arah tuju dan tiba di Kurashiki Wilayah Okayama. Hari itu 20 April dan kami telah dijemput di bawah pokok sakura yang mekar berbunga. Di Kilang, majilis sambutan sudah diadakan deketuai oleh presiden kilang “Unit sukarelawan wanita sudah tiba di sini melintasi garis kematian,” mereka berkata. Di kilang latihan, kami menjalani latihan praktikal selama sebulan Kami juga diberikan penukul, kain kepala, dan pakaian kerja. Setiap kali kami pergi dari asrama ke kilang, kami bernyani lagu ‘unit sukarelawan Okinawa’ dan berkawat dengan kemas.

Kerana kami berasal dari Okinawa dalam keadaan ini kami tidak mahu dianggap mengaibkan Okinawa dengan sebarang cara sekalipun. Pada masa itu, orang Okinawa telah didiskriminasi sehingga tahap tiada sesiapa yang akan masuk ke bilik mandi selepas orang Okinawa bermandi.

Belajar selepas perang tamat

Pada bulan Jun 1945, kami diberitahu oleh pengurus kilang di upacara peringatan bahawa Okinawa sudah menyerah kalah. Kemudian pada 15 Ogos, ada sesuatu pengumuman yang memberitahu perang sudah tamat. Selepas itu, Presiden Ohara berakata, Orang-orang yang mempunyai saudara boleh bergantung kepada mereka dan tinggalkan tempat ini atau mereka boleh tinggal di situ (di kilang benang di Kurashiki,Okayama). Presiden Ohara memberi kami semua sebuah buku simpanan yang mengandungi 200 ke 300 yen. Unit sukarewalan Okinawa telah dibubarkan dan lebih kurang 60 orang termasuk saya kekal di Kilang itu. Kami dipindahkan ke kilang benang yang masih beroperasi.

Satu hari, selepas dua bulan berlalu Presiden Ohara berkata kepada saya, “Kami mahu memelihara budaya Okinawa di Kurashiki, apakah yang boleh saya lakukan?” Saya jawab saya tidak boleh membuat tembikar atau mewarna tetapi saya pernah membantu ibu saya menenun semasa di kampung “Baguslah kamu boleh menenun” Kami juga ada Encik Tonomura,” dia berkata Pada masa itu, Presiden Ohara merupakan pengarah Muzium Kesenian Rakyat Kurashiki dan telah menyokong kesenian rakyat Kurashiki mengikuti jejak langkah bapaknya. Presiden telah berunding dengan Encik Muneyoshi Yanagi, yang terlibat dalam gerakan kesenian rakyat. Dengan tujuan “membina semula budaya Okinawa” dia menggabungkan projek dengan pelan perniagaan semasa syarikatnya itu sedang mengalami kesusahan untuk membina semula dirinya. Dia menjemput Encik Kichinosuke Tonomura daripada persatuan kesenian rakyat jepun menyertai syarikat itu. Saya telah mempelajari teknik seperti “tenunan tisu” daripada En. Tonomura. Dia selalu berkata kepada penenun segala, “Menenun itu dari hati” dan hati anda digambarkan dalam tenunan.” Dia bukan sahaja mengajar saya teknik itu tetapi juga sikap terhadap tenunan.

Meninggalkan Okayama

Pada akhir tahun 1946, saya membuat keputusan untuk kembali ke Okinawa.Pada masa itu, saya berasa sangat risau syarikat kami telah menyediakan banyak benda untuk kami, jadi kami bebas untuk melakukan apa yang kami mahu. Kami juga menerima gaji dan diberi makan, serta asrama, jadi kami dapat hidup tanpa sebarang kesulitan. Jadi, saya berasa sangat bersalah untuk pergi. Ramai orang Okinawa yang tinggal di kilang dan kawasan Okayama telah datang ke Stesen Kurashiki untuk melihat kami pergi.

Presiden Ohara, Encik Tonomura dan ketua bahagian dan eksekutif syarikat yang lain juga ada dalam kalangan mereka. Semasa kami pergi, mereka berakata “walaupun anda kembali ke Okinawa, kami mahu anda melindungi dan memelihara kain Bashofu”. mereka membisikkan kepada kami. Mendengar kata-kata ini, saya tunduk hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada semua. Saya menaiki bot dari Pelabuhan Ujina di Hiroshima, dan mendarat di Kubazaki.

Setibanya di Naha, Sejauh mata saya mampu melihat, tiada apa-apa kecuali ladang yang terbakar. Rumah khemah ada di sekeliling kawasan. Kemudian, saya menaiki sebuah trak menuju ke kampung saya. Dalam perjalanan ke sana, saya nampak pemandangan Okinawa saya berasa sangat nostalgia dengan lautan biru dan pergunungan menghijau.

Menuju ke kampung di Kijoka

Serta kemabli ke Kampung Kijoka, telah banyak berubah. Khemah dan rumah beratapkan jerami berbaris di pantai dan banyak rumah di kampung telah musnah terbakar. Saya kembali ke rumah saya, saya cuba sembahyang di altar Buddha, tetapi bila saya lihat batu bersurat itu, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, batu bersurat itu telah digantikan dengan yang lama. Kami menpunyai batu bersurat besar gaya cina di rumah kami. Apabila saya bertanya kepada keluarga saya mereka meberitahu bahawa terdapat tentera Amerika ditempatkan di sekolah rendah Kijoka dan bahawa batu bersurat itu dipaparkan di dalam bilik kapten. Banyak barang dalam rumah hilang akibat huru-hara perang seperti transoms, hiasan alkof, dan pintu ribut. Rumah saya telah dibina semula pada tahun 1941 dan sebahagian bahagian seperti pintu sepatutnya ada di situ, tetapi pintu baru tersebut telah dicabut dan diganti dengan yang pintu yang lama. Apabila saya melihat ke dalam Takakura gudang bertingkat) Saya terjumpa longgokan pernis berharga.

Kebangkitan bashofu selepas perang

Pada masa itu, penduduk kampung sedang bekerja untuk tentera, Mereka akan pergi pada hari Isnin menaiki trak tentera Amerika dan kembali pada hari sabtu. Ladang basho dari setiap rumah di kampung itu telah dibakar dan musnah. Semasa perang, tentera A.S. membakar ladang basho kerana menjadi sumber pembiakan nyamuk yang membawa penyakit malaria. Walaupun bergitu, pokok basho baru sahaja mula bertumbuh dan basho baru sahaja mula tumbuh di dalam rumah. Masa itu belum ada ladang yang besar dan kami masih belum dapat meganyam bashofu lagi. Sebaliknya, membuka ikatan khemah, sarung tangan dan stokin dan menenun dengan benang itu.

Setiap keluarga di kampung mempunyai mesin tenun dan alat untuk menenun. Mesin tenun di rumah kami digunakan oleh makcik saya. Di dalam takakura boleh mendapat alata menganyam. Kami dahulu mempunyai banyak ulat sutera di dalam rumah kami, jadi ada yan sutera di simpan di siling. Ibu saya mengeluarkannya dan membuat benang daripada kapas untuk mebuat tekstil. Saya tidak mahu benang yang biasa-biasa sahaja, jadi saya mewarnakannya dengan pewarna Miyako dan fukugi.

Pembinaan semula dan cabaran pembuatan Bashofu

Alat digunakan untuk menenun bashofu, dipanggil soko, telah ditenggelami air kerana taufan, jadi saya ingin mencari cara untuk membuatnya walau bagaimanapun. Makcik saya tidak tahu bagaimana membuatnya tetapi, dia mempunyai satu dan memberikannya kepada saya.Saya menggunakan heddle itu sebagai model untuk membuat sendiri terdapat satu alat yang bernama “osa” dan saya memilih semua yang lama.Terdapat juga alat anyaman yang dipanngil ‘hi’ dan ‘shinshi’. Saya membuat kuil daripada tulang babi. Saya menggunkan kreativiti saya dengan cara ini untuk membuat alatan. Sehingga beberapa ketika kemudian saya dapat mencuba membuat bashofu.

Saya berjaya menenan bashofu tetapi kami tidak dapat bersaing dengan penenun yang berpengalaman. Walau bagaimanapun, saya telah cuba juga mempamerkan bashofu saya. Saya mahu menggunakan benang ibu saya dalam apa cara yang boleh diggunakan untuk membuat bashofu, seperti mewarnakan kain dengan tumbuhan bernama ‘sharinbai’. Bagaimanapun, saya mencabar diri saya untuk mebuat tekstil baru yan ibu saya tidak lagi mencukupi dan kerana ada banyak benang basho di Kampung Noha, berdekatan Kijoka,

Saya meminta sedikit daripada mereka. Saya menggunakan benang yang berkualiti baik untuk menenun bashofu dan yan berkualiti rendah untuk kegunaan sendiri. Jadi saya terus membeli benang mengikut cara tersebut. Pada masa itu, harga pakaian yang ditenun ialah 600 yen dalam yen B (resit tentera A.S.). Benangya cukup untuk membuat sehelai pakaian 200 yen selembar. Apabila benang basho dikumpul, ia digunakan untuk membuat tali pinggang obi lelaki itu adalah perkara pertama yang saya buat dan kemudian saya menggunakan benang yang tinggle untuk membuat kain untuk diletakkan di bawah pasu saya meminta penduduk kijioka untuk membuatnya dan menybarkan berita tentang mereka. Kami juga mebuat tali pinggang obi, kasuri (fabrik dengan corak percikan). Kami juga membuat noren (langsir kedai) dan rak surat ia diterima dengan baik dengan orang dari Amerika. Sesetengah orang datang setelah mendengar mengenai kami jadi produk kami dijual di kedai airport sebagai cenderahati. Pada masa itu, Askar Amerika ada berdekatan Okuma, Kampung Kunigami dan askar Amerika dari Pangkalan Udara Kadena datang melawat. Saya juga menyuruh orang Kijoka untuk membuat kerja Saya mengira sendiri berapa lama masa diperlukan untuk menyiapkan semua keja dan membayar semua orang untuk masa mereka. Saya cuba menjual Bashofu 10-20% lebih. Saya boleh menjualnya kepada orang tengah kami juga belajar cara meletakkan harga. Kami berunding untuk membayar sebanyak mungkin kepada orang yang terlibat dalam membuat bashofu termasuk kos ruang.

Pesanan untuk golongan muda

Saya percaya bahawa anak muda hari ini ada pelajaran dan pengetahuan dan mempunyai semua persekitaran yang betul. Itulah sebabnya saya mahu mereka tidak hanya berfikir tentang diri mereka sendiri tetapi juga tentang bagaimana mereka boleh menghasilkan kerja yang baik dan menyerahkannya kepada generasi seterusnya.


Pada tahun 1974, Bashofu Kijoka telah ditetapkan secara nasional sebagai harta budaya tidak ketara yang penting. Pn Toshiko Taira menjadi pengerusi persatuan. Pengawet Kijoka Bashofu dan mengabdikan dirinya untuk mempromosikan bashofu dan pemupukan generasi akan datang. Sebagai penghargaan atas pencapaiannya, beliau telah dilantik sebagai pemegang Khazanah Budaya Tidak Ketara Yang Penting “Khazanah Negara Hidup Jepun” bagi tahun 2000.